BAYAR PTPTN AUTO DEBIT(Online Banking Direct Debit)

BAGAIMANAKAH CARA ANDA BUAT BAYARAN PTPTN?

Kepada yang membuat pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali dengan nama PTPTN, semestinya membuat pembayaran balik pinjaman anda. Terkini untuk lebih memudahkan pembayaran anda, anda boleh membuat pembayaran secara auto debit.Bagaimana cara untuk bayar PTPTN secara auto debit? Disini kami kongsikan caranya, semoga membantu.

Isi Kandungan

APA ITU PEMBAYARAN AUTO DEBIT

Terkini kebanyakkan bank mulai menerapkan sistem pembayaran yang disebut “Auto-Debit”. Auto Debit adalah pengurangan baki secara automatik kerana transaksi kewangan yang dilakukan oleh pelanggan. Jadi sistem pembayaran ini akan memudahkan pelanggan membuat transaksi tanpa perlu mengambil wang tunai terlebih dahulu. Sebagai gantinya, dia boleh menggunakan kad debit secara langsung yang akan ditolak secara langsung melalui simpanan pelanggan.

SYARAT PERMOHONAN PTPTN AUTO DEBIT

Kepada yang ingin membuat pembayaran auto debit, berikut adalah merupakan syarat-syarat yang perlu anda ketahui:

CARA BAYAR PTPTN AUTO DEBIT

Untuk membuat pembayaran PTPTN secara auto debit, pemegang akaun boleh membuat bayaran melalui Internet Banking yang menggunakan platfrom FPX. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari Portal Rasmi PTPTN : https://www.ptptn.gov.my/
  2. Pada menu utama klik pada menu Bayaran Balik
  3. Seterusnya klik pada Permohonan Direct Debit Pinjaman untuk membuat pembayaran secara auto setiap bulan.
  4. Masukkan no Kad pengenalan anda dan pilih samada:
  5. Kemudian anda dikehendaki untuk Log Masuk akaun PTPTN anda
  6. Klik pada Pendaftaran untuk Direct Debit
  7. Pada senarai potongan Direct Debit, pilih pada Permohonan Baru
  8. Seterusnya klik Mohon
  9. Isi maklumat yang diperlukan seperti :
  10. Tandakan kotak pengesahan maklumat dan terma & syarat permohonan, Klik SIMPAN.
  11. Seterusnya Semak maklumat yang ada di paparan kemudian Klik pada Pengesahan Maklumat Akaun Bank.
  12. Pada bahagian PTPTN Online Payment Gateway, isikan:
  13. Paparan Resit setelah pembayaran FPX Berjaya dilakukan. Tekan Cetak untuk membuat Cetakan permohonan yang telah Berjaya.

NOTA: Penyata akan dikemaskini dalam tempoh 3 hari bekerja selepas potongan Direct Debit berjaya dilakukan.

CARA BATALKAN BAYAR PTPTN AUTO DEBIT

Untuk penetahuan anda pembatalan secara automatik akan dibuat sekiranya baki hutang keseluruhan pinjaman telah diselesaikan. Pembatalan di atas sebab-sebab lain adalah tertakluk persetujuan pihak PTPTN.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai cara pembayaran PTPTN, anda boleh layari website rasmi PTPTN di pautan https://www.ptptn.gov.my/

ARTIKEL LAIN

TEMUJANJI PTPTN ONLINE(Cara Tempah & Booking Slot e-JanjiTemu)

PTPTN ONLINE(Semakan Baki & Bayaran Balik)